PENGERTIAN ISLAM, IMAN DAN IHSAN DAN HUBUNGANNYA .

 Pengertian islam 


Dari segi bahasa, perkataan 'islam' berasal daripada bahasa arab, iaitu 
salima yanng bermaksud selamat . Daripada perkataan itu, terbentuklah 
perkataan aslama yang bererti menyerahkan diri atau tunduk dan patuh 
menurut istilah, Islam ialah  : Agama Allah SWT yang diwahyukan kepada 
rasul-rasulnya sejak nabi Adam a.s hingga nabi terahkir Muhammad SAW.
Agama Islam mengatur seluruh aspek kehidupan manusia baik keyakinan kepada : 

- Allah dan perkara - perkara ghaib lainnya ( akidah ),
- Ibadah khusus dan umum ,
- Muamalat ( bersosial ) ,
- Munakahat dan aspek kekeluargaan ,
- Hukum - hakam, poliktik, ekonomi dan sebagainya .

Pengertian Iman 

Maksud Iman pada bahasa ialah " pembenaran dengan hati ". Maksudnya 
menerima segala apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dari segi istilah :
maksudnya: Pembenaran dengan hati , pengakuan dengan lisan, dan amal 
dengan anggota badan. Oleh sebab itu iman boleh bertambah dan berkurang
sebagaimana amal juga bertambah dan berkurang .


Pengertian Ihsan ( Akhlak ) 

Perkataan " akhlak " beasal daripada bahasa arab, iaitu " Al-Khulk " yang bererti
tabiat, perangai, tingkah laku, kebiasaan atau kelakuan . Menurut istilahnya, 
akhlak ialah sifat yang ada dalam diri seorang manusia yang boleh mengeluarkan 
sesuatu dengan senang dan mudah tanpa adanya suatu pemikiran dan paksaan .


Hubungan antara Islam, Iman dan Ihsan serta hubungannya dengan komunikasi islam .

Komunikasi adalah alat paling utama untulk berinteraksi dengan tuhan dan mengenal 
bukan sahaja diri sendiri tetapi juga orang lain dan apa saja yang berada di sekeliling 
untuk dipelajari 

" Kamu ( wahai umat Muhammad ) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan

 bagi umat manusia  ( kerana ) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan 

melarang dari segala yang salah ( buruk dan keji ), serta kamu pula beriman kepada

 Allah ( dengan sebenar- benar iman )". ( Surah Ali'Imran 3:110)


Dalam mempraktikkan ilmu komunikasi yang baik ( dakwah ) sudah pasti tidak akan
lepas daripada akhlak yang baik . Sejarah membuktikan kepetahan dalam 
menyampaikan sesuatu masej belum tentu dapat diterima oleh pendengar 
sekiranya tidak dilampirkan dengan akhlak yang baik daripada penyampai .
Masih ramai dalam kalangan pendakwah yang menganggap bahawa dakwah hanya 
berbentuk penyampaian seuatu masej secara lisan . sebenarnya, dakwah 
merangkumi aspek lainnya juga seperti penampilan diri, praktik amalan pendakwah
itu sediri, akhlak yang mulia, atau yang biasa disebut dengan dakwah bil hal .

No comments:

Post a Comment

KONSEP ASAS ISLAM

  KUMPULAN 1 SSK 2A  SESI 2 2021/2022 E-FOLIO KONSEP ASAS ISLAM  DISEDIAKAN OLEH : NAMA : NURUL AIN BINTI ABDILLAH  NO MATRIK : S01SSK21F023...