KONSEP
Konsep tasawwur Islam mula diperkenalkan oleh Syed Qutb (1987) dalam bukunya ( Khaşāiş al-Taşawwur al-Islāmi wa Muqawwimātuh)[1]. Dalam buku tersebut beliau telah membincangkan tentang aspek tasawwur dan ‘itiqad iaitu menjelaskan ciri-ciri pemikiran umum Islam mengenai Allah, alam, kehidupan dan manusia. Beliau tidak membincangkan secara khusus tentang ciri-ciri manhaj (peraturan), aliran mazhab dan perundangan Islam yang merangkumi aspek akidah, ibadat, akhlak dan syari’at. Ini kerana beliau bukan berhasrat untuk membincangkan perkara tersebut dalam buku ini walaupun terdapat juga perbahasan mengenainya pada sesetengah tempat.
PENGERTIAN TASAWWAUR
Istilah Tasawwur Islam adalah merupakan satu ungkapan yang tidak asing lagi dalam penggunaan masyarakat Islam di Malaysia. Tasawwur bermaksud suatu gambaran atau tanggapan akal atau pemikiran seseorang terhadap sesuatu perkara. Perkataan ini berasal dari kalimah Arab yang memberi beberapa maksud;
i.Suatu tanggapan terhadap rupa sesuatu yang dapat dikhayalkan.
ii.Cuba memberi gambaran terhadap sesuatu.
iii.Memberi gambaran yang sebenar terhadap sesuatu.
Tasawwur juga bererti menghasilkan rupa sesuatu dalam akal. Pengertian kalimah Tasawwur berbeza-beza mengikut disiplin ilmu yang tertentu. Tasawwur di sisi ahli falsafah bermaksud suatu bentuk pemikiran yang tergambar dalam akal manusia mengenai alam dan kehidupan. Ahli psikologi pula berpendapat bahawa Tasawwur ialah menggambarkan tentang suatu perkara di dalam akal tanpa melihat atau berinteraksi dengannya.[
No comments:
Post a Comment